SESI DIALOG JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK PORT DICKSON
SESI JANUARI 2009
JPP PPD telah menganjurkan sesi dialog JPP bersama pelajar kamsis pada 26 Februari 2009 yang lalu. Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan barisan JPP kepada pelajar kamsis. Program ini telah dijalankan di Pusat Islam Politeknik Port Dickson selepas isyak. Pelajar diberi peluang untuk menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sepanjang sesi pembelajaran di politeknik. Antara masalah-masalah yang telah dikenalpasti seperti masalah cafeteria, pengawal keselamatan serta kawasan tempat letak motosikal pelajar. Yang DiPertua JPP telah menyatakan akan mengusulkan masalah ini kepada pihak atasan untuk memastikan keselesaan pelajar sewaktu menjalani pembelajaran di politeknik ini. Secara keseluruhannya program sesi dialog ini berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang memberangsangkan daripada para pelajar Politeknik Port Dickson.- NNS
Friday, April 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
slah tarikh 2....
ReplyDeletesaid n atikah, jgn lupa RABU 15 APRIL saya nk tengko semua laporan aktiviti pelajar ppd dlm blog nih :-)
ReplyDeletebagus2...jpp should be best fren with camsis student..
ReplyDeletesebab, tulang belakang jpp ialah pelajar kamsis..student lain perlukan 2 atau 3 tahun lagi untuk menjadi back bone jpp..
so, next jpp, jangan dilupakan pelajar kamsis.