Sunday, April 12, 2009

CAMPUS LEADERSHIP CAMP

Kepimpinan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Justeru, Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan satu program kepimpinan pelajar iaitu Campus Leadership Camp (CLC) pada 27-29 Mac 2009 di Kem Seri Kendung Rembau. Program CLC ini disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pimpinan kelab sedia ada dan pimpinan kelab akan datang. Matlamat CLC adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta perihal kepimpinan
pelajar dan belia sekarang serta membentuk pasukan pemimpin pelajar yang kuat dari segi emosi, mental dan fizikal.
Program didahulukan dengan ice breaking dan diikuti oleh Ceramah Kepimpinan Pelajar yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan iaitu En. Jufitri ni Johar. Dalam ceramah beliau, beliau banyak menerangkan isu-isu pelajar dan belia sekarang yang mana sangat memerlukan tanggungjawab dan komitmen dari semua pihak dalam menanganinya.
Aktiviti lain dalam CLC ialah Ceramah Pengurusan Organisasi, Jungle Trekking, Operasi Burung Hantu, Latihan Dalam Kumpulan dan Riadah. Dalam CLC juga, para peserta didedahkan tentang cara penghasilan sesebuah program kelab berdasarkan kelompok sasaran dan matlamat utama.
Program CLC ini dilihat sebagai satu titik tolak kepada satu kerja berpasukan dalam JKA dan di sini lah pencarian bakat-bakat kepimpinan baru kelab telah dapat direalisasikan. NTS

No comments:

Post a Comment