Monday, October 12, 2009

Kem Kempimpinan Jati diri sesi Julai 09





Pada 15 Ogos - 18 Ogos 2009, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009 telah menganjurkan Kem Kempimpinan Jatidiri ^bertempat di Dusun Eco Resort,Bentong, Pahang. Kem ini disertai oleh 73 orang yang terdiri daripada ahli JPP sesi Julai 09, Pengerusi Kelab & Persatuan dan Sukan. Kem yang diadakan setiap semester ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim diantara Penasihat JPP, JPP dan Peserta yang lain. Selain itu, kem ini memuatkan ceramah & taklimat yang berkaitan dengan kepimpinan dan protokol. Selain itu, para peserta juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti - aktiviti luar seperti FLYING FOX, JAMBATAN GANTUNG & BERAKIT. Perasmian kem ini dilakukan oleh Pengarah Politeknik Port Dickson sendiri.

Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia..


pada 5 oktober 2009, timbalan perdana menteri kita telah turun ke pusat islam politeknik untuk majlis bacaan Yassin bagi pelajar PMR dari seluruh sekolah menengah bandar port dickson...

Thursday, May 7, 2009

BAKTI SISWA PPD

sebahagian peserta bergambar di rumah pertama sebelum pulang ke ppd

kelab jka ppd sekali lagi mengharumkan nama polipd dengan menganjurkan program kemasyarakatan iaitu BAKTI SISWA. program ini berlangsung pada 26 april 2009 bertempat di 3 buah rumah di sekitar daerah port dickson iaitu :

1. di pasir panjang - rumah warga tua

2. di pasir panjang - rumah keluarga nelayan

3. di kampung air leleh, pd - rumah warga tua



antara aktivti yang dijalankan ialah

1. ramah mesra bersama isi rumah

2. gotong royong membersihkan kawasan dalam dan luar rumah

3. memberikan sumbangan barang dapur.

4. membaiki kerosakan kecil di dalam dan luar rumah

5. menyusun dan menghias rumah.



program ini mendapat kerjasama dari jabatn kebajikan masyarakat daerah port dickson. secara keseluruhannya. program ini telah mencapai matlamatnya iaitu memberi peluan pelajar kelab jka mendekati masyarakat setempat dan membuat khimat sosial di samping melatih mereka berbakti kepada prg yang memerlukan. diharapkan program sepeti ini dapat diteruskan di masa akan datang - NTS

Sunday, April 12, 2009

CAMPUS LEADERSHIP CAMP

Kepimpinan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Justeru, Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan satu program kepimpinan pelajar iaitu Campus Leadership Camp (CLC) pada 27-29 Mac 2009 di Kem Seri Kendung Rembau. Program CLC ini disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pimpinan kelab sedia ada dan pimpinan kelab akan datang. Matlamat CLC adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta perihal kepimpinan
pelajar dan belia sekarang serta membentuk pasukan pemimpin pelajar yang kuat dari segi emosi, mental dan fizikal.
Program didahulukan dengan ice breaking dan diikuti oleh Ceramah Kepimpinan Pelajar yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan iaitu En. Jufitri ni Johar. Dalam ceramah beliau, beliau banyak menerangkan isu-isu pelajar dan belia sekarang yang mana sangat memerlukan tanggungjawab dan komitmen dari semua pihak dalam menanganinya.
Aktiviti lain dalam CLC ialah Ceramah Pengurusan Organisasi, Jungle Trekking, Operasi Burung Hantu, Latihan Dalam Kumpulan dan Riadah. Dalam CLC juga, para peserta didedahkan tentang cara penghasilan sesebuah program kelab berdasarkan kelompok sasaran dan matlamat utama.
Program CLC ini dilihat sebagai satu titik tolak kepada satu kerja berpasukan dalam JKA dan di sini lah pencarian bakat-bakat kepimpinan baru kelab telah dapat direalisasikan. NTS