Sunday, April 12, 2009

CAMPUS LEADERSHIP CAMP

Kepimpinan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Justeru, Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan satu program kepimpinan pelajar iaitu Campus Leadership Camp (CLC) pada 27-29 Mac 2009 di Kem Seri Kendung Rembau. Program CLC ini disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pimpinan kelab sedia ada dan pimpinan kelab akan datang. Matlamat CLC adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta perihal kepimpinan
pelajar dan belia sekarang serta membentuk pasukan pemimpin pelajar yang kuat dari segi emosi, mental dan fizikal.
Program didahulukan dengan ice breaking dan diikuti oleh Ceramah Kepimpinan Pelajar yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan iaitu En. Jufitri ni Johar. Dalam ceramah beliau, beliau banyak menerangkan isu-isu pelajar dan belia sekarang yang mana sangat memerlukan tanggungjawab dan komitmen dari semua pihak dalam menanganinya.
Aktiviti lain dalam CLC ialah Ceramah Pengurusan Organisasi, Jungle Trekking, Operasi Burung Hantu, Latihan Dalam Kumpulan dan Riadah. Dalam CLC juga, para peserta didedahkan tentang cara penghasilan sesebuah program kelab berdasarkan kelompok sasaran dan matlamat utama.
Program CLC ini dilihat sebagai satu titik tolak kepada satu kerja berpasukan dalam JKA dan di sini lah pencarian bakat-bakat kepimpinan baru kelab telah dapat direalisasikan. NTS

BICARA CINTA REMAJA BERSAMA PROF IZI HAJI ALI (SELEBRITI HOT FM)

Prof Izi bersama Tuan Pengarah dan Pensyarah JKA

pROF iZI bersama sebahagian ajk BCR

Pada 9 April 2009, Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Program Bicara Cinta Remaja Bersama Prof Izi Haji Ali. Program ini telah diadakan di Dewan Wawasan PPD. Seramai kira-kira 750 pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar JKA, JKE,JKM dan JP. Ceramah yang disampaikan oleh Prof Izi pada malam tersebut sangat menarik kerana beliau bijak mengambil hati para peserta melalui pendekatan beliau yang tersendiri dan banyak menyentuh isu-isu remaja masa kini terutama berkaitan cinta.

Majlis yang bermula seawal jam 8 malam dan berakhir jam 11.15 malam itu diserikan lagi dengan kehadiran Tuan pengarah Politeknik Port Dickson, Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim dan Puan Noor Azizah Ketua Program JKA yang sudi hadir sama memeriahkan program tersebut. Program Bicara Cinta Remaja ini sebenarnya bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar berkaitan isu dan permasalahan cinta di kalangan remaja yang semakin membimbangkan dan adalah diharapkan dengan adanya ceramah seperti ini para pelajar dapat lebih mencintai diri sendiri, keluarga, kecemerlangan dan Pencipta Yang Esa. "reNung2kan Dan SeLaMaT BeRaMal" - NTS

CALIS II

PARA PESERTA CALIS

CABARAN DALAM CALIS

THE FLYING EGG


PERSEMBAHAN KUMPULAN



SEBAHAGIAN FASILITATOR CALIS

Program Seminar Gaya Hidup Kampus II –Campus Lifestyle (CALIS II) telah dijalankan pada 22 Februari 2009 bertempat di Dewan Kuliah 4, Politeknik Port Dickson. Seramai 160 orang pelajar JKA telah menyertai program ini yang terdiri dari pelajar semester satu kursus Diploma dan Sijil Kejuruteraan Awam dan Diploma dan Sijil Senibina. Manakala 40 orang fasilitator yang terdiri dari ahli jawatankuasa Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam bertindak sebagai pengendali CALIS. Pengisian program ini adalah ceramah “Excellent Lifestyle in Polytechnic” oleh Cr. Shamsul Bahrain bin Haron dari Politeknik Shah Alam dan Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK) yang dikendalikan oleh AJK Kelab JKA yang terdiri daripada pelajar senior JKA. Aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Taaruf Senior-Junior, Ramah Mesra Bersama Kelab JKA, Aktiviti Dalam Kumpulan, Susur Kejayaan, Flying Egg dan Refleksi. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah oleh Penasihat Kelab JKA. - NTS

Program Asas Fasilitator

Pada 15 Februari 2009, Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan program Asas Fasilitator bertempat di Bilik Tayang UIDM, Politeknik Port Dickson. Program ini disertai oleh 45 orang pelajar senior JKA yang terdiri daripada ajk kelab dan pelajar semester akhir JKA. Tujuan program ini diadakan ialah memberi pendedahan kepada mereka tentang asas untuk menjadi seorang fasilitator sebagai persediaan untuk mereka mengendalikan aktiviti untuk CALIS II iaitu program ramah mesra bersama pelajar semester satu pada 22.2.2009 nanti. Program ini dikendalikan oleh Penasihat Kelab JKA dan juga PBKJ JKA iaitu Puan Nuratikah binti Seman. Peserta didedahkan dengan Peranan Fasilitator, Teknik Berkomunikasi, Latihan Dalam Kumpulan dan Persembahan Kumpulan.

Program Team Building

SEMUA PESERTA TEAM BUILDING KELAB JKA

AKTIVITI DALAM KUMPULAN

SESI TAARUF

SESI ICE BREAKING

Pada 14 Februari 2009, Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan program TeamBuilding bertempat di Pantai Purnama. Program ini disertai oleh 65 orang pelajar jka yang terdiri dari ajk kelab dan wakil kelas. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ajk kelab dan wakil-wakil kelas jka dan membina satu kerja berpasukan dalam kelab jka serta menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu bermula dengan sesi ice breaking diikuti dengan pembentukan kumpulan dan persembahan kumpulan dan Fear Factor Explorace. Program ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan sesi bergambar. NTS





Saturday, April 11, 2009

sesi fotografi jan 09


SESI FOTOGRAFI JANUARI 2009


Pada 23 Februari 2009, Exco Penerbitan JPP telah mengadakan sesi fotografi untuk sesi januari 2009. Aktiviti ini bertempat di ruang legar dewan kuliah 5. Antara pihak yang terlibat ialah semua pelajar politeknik Port Dickson, semua pensyarah politeknik Port Dickson, semua kelab dan persatuan serta exco dan rakan exco penerbitan JPP. Jurukamera yang terlibat pula adalah daripada Time Line Media Works. Kain rentang atau banner telah digantung di perkarangan kawasan politeknik untuk memberi makluman kepada semua pihak yang telibat dan jadual sesi fotografi juga ditampal disetiap bilik kuliah. Sesi Fotografi ini bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang dan pensyarah di Politeknik. Semua pelajar telah memberikan komitmen yang sesi ini mengambil masa hampir satu minggu kerana melibatkan keseluruhan pelajar dan baik dengan menghadiri sesi fotografi ini. Selain itu aktiviti ini dapat mengumpulkan keseluruhan pelajar politeknik Port Dickson bermula dari semester satu hingga ke semester 6.



Friday, April 10, 2009

carta organisasi Jawantankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson Sesi Jan 09


sessi dialog jpp bersama pelajar kamsis

SESI DIALOG JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
POLITEKNIK PORT DICKSON
SESI JANUARI 2009

JPP PPD telah menganjurkan sesi dialog JPP bersama pelajar kamsis pada 26 Februari 2009 yang lalu. Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan barisan JPP kepada pelajar kamsis. Program ini telah dijalankan di Pusat Islam Politeknik Port Dickson selepas isyak. Pelajar diberi peluang untuk menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar sepanjang sesi pembelajaran di politeknik. Antara masalah-masalah yang telah dikenalpasti seperti masalah cafeteria, pengawal keselamatan serta kawasan tempat letak motosikal pelajar. Yang DiPertua JPP telah menyatakan akan mengusulkan masalah ini kepada pihak atasan untuk memastikan keselesaan pelajar sewaktu menjalani pembelajaran di politeknik ini. Secara keseluruhannya program sesi dialog ini berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang memberangsangkan daripada para pelajar Politeknik Port Dickson.- NNS

Perlawanan persahabatan boling dengan PSA




PERLAWANAN PERSAHABATAN BOWLING
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON
DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK SHAH ALAM SESI JANUARI 2009


Pada 28 Mac 2009, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson ( JPP PPD) telah menganjurkan satu program Perlawanan Persahabatan Bowling antara JPP PPD dan JPP PSA di Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall, Bangsar. Seramai 45 orang JPP kedua-dua politeknik berserta 5 pensyarah pengiring yang mengikuti majlis ini. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah sesi ice breaking antara kedua-dua politeknik serta perlawanan persahabatan bowling antara kedua-dua politeknik. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat mencapai objektif utamanya iaitu untuk mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua politeknik dan dapat mengenali cara pengurusan antara kedua-duam politeknik.- NNS